Perutusan dan Ucapan Aluan Pengerusi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan ilham Kerajaan Negeri Melaka sebagai salah satu produk pelancongan dan pembelajaran bagi menawarkan aktiviti penerokaan bidang astronomi. Idea ini memberikan gambaran jelas bahawa hasrat Kerajaan Negeri dalam mempelbagaikan produk pelancongan di Negeri Melaka, di mana negeri ini terus membangun sebagai sebuah negeri berorientasikan sektor Pelancongan terunggul di dunia.


YB Haji Rosli bin Abdullah

Dengan pengemblengan idea dan usaha daripada Majlis Agama Islam Melaka sebagai badan induk bagi Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Jabatan Mufti Melaka, saya percaya hasrat Kerajaan Negeri terutamanya YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh,  Ketua Menteri Melaka untuk melihat Kompleks Falak Al-Khawarizmi menjadi salah satu ikonik pelancongan terkenal di Negeri Melaka akan tercapai.

Secara prinsipnya, Kompleks Falak Al-Khawarizmi menawarkan dua entiti dalam satu iaitu pertama sebagai pusat latihan yang selesa dan kedua sebagai pusat pembelajaran dan pengetahuan mengenai bidang astronomi. Dengan wujudnya kedua-dua elemen ini, saya percaya Kompleks Falak Al-Khawarizmi mempunyai kelebihan dengan produknya tersendiri dalam memastikan kepuasan yang diperolehi setiap pengunjung yang datang ke sini akan tercapai.

Kapal Dagang Dari Seberang,
Penuh Muatan Kayu Meranti,
Dari Jauh Tuan Puan Datang,
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Sentiasa Menanti

Sekian, terima kasih.

YB HAJI ROSLI BIN ABDULLAH
ADUN KUALA LINGGI                 
PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI SDN BHD

   

Ucapan Aluan Pengurus

Yuzrin Qistina Aiwa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Sejak ditubuhkan pada Mei 2008 yang lalu, Kompleks Falak Al-Khawarizmi terus memacu hasrat dan iltizam Kerajaan Negeri Melaka agar terus menjadi salah satu produk pelancongan di Negeri Melaka serta menjadi pilihan terbaik bagi melaksanakan program jabatan, agensi dan sekolah dari seluruh Malaysia. Hasrat ini semakin menampakkan realitinya apabila saban hari, dengan izin dan kurniaan Allah s.w.t., Kompleks Falak Al-Khawarizmi terus menjadi pilihan bagi mereka yang ingin melaksanakan kursus jangka pendek dengan kadar harga yang rendah.

Memegang peranan sebagai Pusat Latihan, tidak menghalang Kompleks Falak Al-Khawarizmi memberikan perkhidmatan terbaik dan mengutamakan keselesaan kepada pengunjung. Dengan perkhidmatan tambahan seperti penerokaan langit siang dan malam, planetarium serta ruang pameran berkaitan ilmu astronomi, telah memberikan satu nilai tambah semasa proses melaksanakan latihan di sini. Pengunjung turut boleh melihat dan merasai sendiri kehidupan penduduk Kampung Tanjung Bidara, Melaka iaitu sebuah kampung di persisiran pantai Laut Selat Melaka. Di samping itu, pemandangan matahari terbenam juga boleh dilihat daripada bukan sahaja di tepi pantai malahan dari Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Saya percaya dengan semua aktiviti dan kemudahan tersendiri yang terdapat di sini akan memberikan kepuasan yang tidak terdapat di Pusat Latihan lain.


Sehubungan itu, seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka terutamanya YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka sentiasa mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke Negeri Melaka dan saya mengalu-alukan ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai pilihan tempat latihan dan kunjungan ke Melaka.

Sekian, terima kasih.

YUSRIN QISTINA AIWA BINTI YUZMAN
PENGURUS
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI SDN BHD

 

Kompleks Falak Al-Khawarizmi Sdn. Bhd (821619-X)
Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, 78300 Melaka
Copyright 2015
Emel : webmaster@alkhawarizmimelaka.com.my
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer dengan resolusi 1280 x 800